Silahturahim auto atau manual?

Untuk skala kecil, masih nampak relevan je sistem Silah2Rahim (S2R) ni. Untuk skala besar ok ke memandangkan sistem S2R ni separa auto, separa manual.

Sebab apa saya munculkan soalan ni?

Dia camni, untuk kenalan rapat yang jumlahnya tak ramai, mungkin kekerapan untuk pengguna tekan link dan hantar Whatsapp kat kenalan tu masih boleh diterima akal jumlahnya. Tak ambil masa yang lama.

Camna kalau untuk penggunaan S2R terhadap customer bisnes yang besar?

Cuba bayangkan, dalam 1 hari ada 50 pelanggan yang meraikan hari jadinya hari ni. Belum esok lagi, tambah lagi 30 hari jadi. Fuh, letih jugak tu nak send satu-satu.

Hantar secara manual

S2R ni memang sengaja saya cipta untuk hantar mesej secara manual. Iaitu pengguna sendiri kena klik Send mesej whatsapp kepada kenalan.

Sistem S2R hanya auto untuk generate dan memperingatkan (remind) peristiwa. Bukan auto send mesej kepada kenalan (Contacts).

Boleh je sistem ni dibuat secara auto. Tapi buat masa ni, saya berfikir dan percaya setiap tindakan pengguna klik send mesej kepada kenalan, ia ada energynya tersendiri berbanding ianya dihantar secara auto yang pengguna pun ntah sedar ntah tak mesej tu telah dihantar.

Konsep Silah2Rahim

Jadi kat mana konsep bersilahturahim tu?

Tapi untuk auto pun tak salah sebenarnya. Masih lagi relevan untuk konsep silahturahim. Contohnya mesej janaan AI dihantar secara auto kepada kenalan/pelanggan, flownya jadi 2 je.

  1. Kenalan/pelanggan respons, maka boleh diteruskan untuk berbual untuk silahturahim.
  2. Sekiranya kenalan sidai, ingatan kenalan atau pelanggan terhadap anda dah ditanam secara auto jugak (Top of mind).

Untuk fasa sekarang, biarlah dulu S2R ni manual.

Cara untuk tangani hantar mesej secara skala besar.

Sekiranya anda ada 100 notifikasi hari ini (sistem S2R diset untuk remind jam 9.00 pagi setiap hari), anda boleh ambil 1 masa khas untuk menghantar mesej ke kenalan/pelanggan anda. Tak sampai 1 jam pun melainkan ada kenalan yang response dan ajak berborak.