Silahturahim auto atau manual?
Sebab apa saya munculkan soalan ni?
Dia camni, untuk kenalan rapat yang jumlahnya tak ramai, mungkin…
Baca Penuh »
S2R ni macam pembantu peribadi anda. Ia bukan setakat ingatkan tarikh penting, tapi tolong fikirkan ayat supaya anda boleh tegur kawan lama tanpa rasa kekok.
✨ Guna percuma. Fokus pada kawan, bukan iklan.
Kalendar biasa cuma bagitau tarikh. S2R bagitau "siapa" dan tolong fikirkan "macam mana" nak mula chat.
Dia ingat apa korang borak sebelum ni. Jadi ayat takdelah nampak skema atau 'copy paste' benda sama tiap tahun. Mesej nampak lebih ikhlas dan matang.
S2R faham sejarah korang. Contoh kalau kawan tu baru bukak kedai, S2R akan selit ucapan mendoakan bisnes dia. Sentuhan yang lebih peribadi.
Tak payah pening fikir nak taip apa. S2R akan 'ping' di Telegram, tekan link, dan WhatsApp akan terus buka dengan ayat yang dah siap. Mudahkan?
Kami tak hantar mesej secara automatik (macam bot spam). Hubungan manusia perlukan sentuhan manusia. Kami cuma siapkan semuanya, anda yang hantar.
Tugas kami cuma pastikan anda tak pernah terlepas hari penting kawan-kawan anda.
Buat akaun percuma dan link kan dengan bot Telegram S2R. Buat sekali je, lepas tu tak payah buat dah.
Letak nama dan tarikh penting untuk orang yang anda nak jaga hubungan. Kawan sekolah, family, atau klien bisnes.
Bila sampai harinya, bot akan 'ping' anda di Telegram berserta link WhatsApp. Klik dan hantar. Senang sangat.
How to Win Friends & Influence People
"Ingatan terhadap nama seseorang adalah antara bunyi paling manis. Tapi ingatan terhadap hari lahirnya? Itu sesuatu yang jauh lebih dalam."- Prinsip Dale Carnegie
Secara fitrahnya, kita memang suka bila ada orang tunjuk minat yang ikhlas pada kita. Dan tak ada benda yang lebih ikhlas dari ingat hari paling istimewa kawan kita.
Masalahnya kita selalu sibuk. Niat tu ada, tapi asyik terlupa. Sedar-sedar tarikh dah lepas.
Rahsia networking yang bagus bukannya kena borak panjang setiap masa. Ia tentang tegur sapa yang ringkas tapi konsisten. Supaya nama anda sentiasa segar dalam ingatan mereka.
🤖
Anggap je S2R ni ejen peribadi anda.
Sistem ni tolong simpankan memori dan jadual. Sampai masa, dia akan "ping" kat Telegram. Anda cuma periksa ayat tu, dan tekan hantar.
Ini kisah sebenar yang buatkan sistem ini wujud. Mungkin anda pun pernah lalui benda yang sama.
Saya ada seorang kawan yang rajin wish birthday semua orang. Sebab tu dia tak pernah terputus cerita. Dia tahu bila kawan lain kahwin, dapat kerja baru, atau ditimpa ujian...
Joe Girard pegang rekod dunia jual kereta paling banyak. Rahsia dia? Dia hantar kad ucapan kat setiap pelanggan tiap-tiap tahun. Tak pernah 'miss'.
Tak payah install app berat-berat. Notis masuk Telegram, set sekali dan tinggal.
Tak payah susah-susah nak copy paste. Tekan je link, ayat semua dah siap sedia.
S2R ingat apa korang borak sebelum ni. Ayat sentiasa 'fresh' dan tak nampak ulang benda sama.
Sangat sesuai untuk 'follow up' prospek bisnes secara santai tanpa nampak mendesak.
Sistem cuma tolong ingatkan. Mesej dan ucapan tu tetap datang ikhlas dari jari anda sendiri.
Privasi anda keutamaan kami. Tiada mesej akan dihantar selagi anda tak tekan 'Send'.
Jangan biarkan kawan rapat jadi orang asing. Buat akaun sekarang dalam masa 60 saat dan biar S2R tolong uruskan selebihnya.
Daftar Percuma SekarangMasukkan nama dia sekarang. Jangan tunggu sampai terlepas peluang untuk sambung semula ukhuwah yang pernah ada.